Surah ke-103 dalam Mushaf, 3 ayat, bermula pada halaman 601.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Terjemahan makna: Malay Translation - Abdullah Basumayyah, versi 1.0.0, diterbitkan tanpa sebarang perubahan daripada QuranEnc.com. (QuranEnc.com)
Terjemahan menyampaikan makna Al-Quran; ia bukan Al-Quran itu sendiri, iaitu teks Arab di atas.