Surah ke-112 dalam Mushaf, 4 ayat, bermula pada halaman 604.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
1. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Terjemahan makna: Malay Translation - Abdullah Basumayyah, versi 1.0.0, diterbitkan tanpa sebarang perubahan daripada QuranEnc.com. (QuranEnc.com)
Terjemahan menyampaikan makna Al-Quran; ia bukan Al-Quran itu sendiri, iaitu teks Arab di atas.