Logo TartilTartilRadio langsung

Surah Az-Zalzalah: teks dan terjemahan makna

Surah ke-99 dalam Mushaf, 8 ayat, bermula pada halaman 599.

Dengar tilawahnyaBaca surah ini dalam Mushaf bersama tafsir‹ Surah Al-BayyinahSurah Al-‘Aadiyaat ›

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”

4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Terjemahan makna: Malay Translation - Abdullah Basumayyah, versi 1.0.0, diterbitkan tanpa sebarang perubahan daripada QuranEnc.com. (QuranEnc.com)

Terjemahan menyampaikan makna Al-Quran; ia bukan Al-Quran itu sendiri, iaitu teks Arab di atas.

Dengar tilawahnyaBaca surah ini dalam Mushaf bersama tafsir‹ Surah Al-BayyinahSurah Al-‘Aadiyaat ›