Logo TartilTartilRadio langsung

Surah Al-Insyiraah: teks dan terjemahan makna

Surah ke-94 dalam Mushaf, 8 ayat, bermula pada halaman 596.

Dengar tilawahnyaBaca surah ini dalam Mushaf bersama tafsir‹ Surah Adh-DhuhaSurah At-Tiin ›

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Terjemahan makna: Malay Translation - Abdullah Basumayyah, versi 1.0.0, diterbitkan tanpa sebarang perubahan daripada QuranEnc.com. (QuranEnc.com)

Terjemahan menyampaikan makna Al-Quran; ia bukan Al-Quran itu sendiri, iaitu teks Arab di atas.

Dengar tilawahnyaBaca surah ini dalam Mushaf bersama tafsir‹ Surah Adh-DhuhaSurah At-Tiin ›